Monday, September 28, 2009

KEPUTUSAN MESYUARAT AGONG TAHUN 2009

Mesyuarat jawatankuasa kerja membincangkan perkara berkaitan dan bersabit dengan Kelab .
Mesyuarat juga berkisar berkaitan program yang telah dilaksanakan serta akan dilaksanakan.
Perbincangan “post mortem” program yang lalu juga diadakan.
Memutuskan akan mengadakan perjumpaan setiap 2 minggu bagi ahli jawatankuasa induk dalam melaksanakan program.
Memutuskan bahawa setiap 3 cawangan Kelab Puncak perlu menghantar wakil apabila ada perjumpaan rasmi atau tidak rasmi.
Memutuskan bahawa 3 cawangan di bawah adalah di bawah kelolaan Pertubuhan Kelab Puncak selagi wujudnya pertubuhan ini dan premis Pusat Tuisyen Tersebut:
- Pusat Giat Ilmu Kampung Bujang
- Pusat Giat Ilmu Kampung Sungai Batu Besi
- Pusat Giat Ilmu Kampung Belau Merbok
Mempersetujui akan bekerjasama dengan mana-mana institusi atau mana-mana NGO yang di fikirkan sesuai dalam melaksanakan program yang boleh memberi manfaat bersama.
Bersetuju menjadikan tapak berdekatan dengan Pusat Giat Ilmu Sungai Batu Besi sebagai tapak untuk melaksanakan program motivasi, summer camp, perkhemahan dan sebagainya yang boleh memberi manfaat kepada Kelab serta pelajar tuisyen di bawah kelolaannya

No comments:

Post a Comment