Tuesday, January 19, 2010

PESANAN PUNCAK : JANGAN KANTOI SPM .....


Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah peringkat peperiksaan yang terpenting dalam sejarah pendidikan kita. SPM akan menentukan hala tuju kerjaya dan masa depan kita. maka, jangan main-main dengan SPM. nak main jugak, main la lepaih tue. sat g kalau kantoi naya ja. jangan kita menghampakan atau menghampehkan harapan ibu bapa kita. menyesal dulu pendapatan, nyesal kemudian kena ulang kertas julai sat gi....

p/s : jangan jadi macam hang tuah kat atas tue...

Saturday, January 2, 2010

MESYUARAT AGONG KELAB PUNCAK SESI 2010/2011



PERTUBUHAN KELAB PENDIDIKAN & KEBAJIKAN PUNCAK MERBOK DENGAN INI AKAN MENGADAKAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN. BUTIRAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
HARI: SABTU
TARIKH: 16 JANUARI 2010
TEMPAT: PUSAT GITA ILMU KG BUJANG (RUMAH TOK SU ROMLI)
JAM: 3.00 PETANG

MAKA DENGAN INI, SELURUH AHLI DI JEMPUT UNTUK MENGHADIRINYA. AHLI-AHLI DARI KETIGA-TIGA CAWANGAN BERIKUT ADALAH DI JEMPUT:
PUSAT GIAT ILMU KG BUJANG
PUSAT GIAT ILMU KG SUNGAI BATU BESI
PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BELAU
SEGALA AGENDA DAN BUTIR MESYUARAT BOLEH DI RUJUK DI CAWANGAN MASING-MASING. SEBARANG KETIDAK HADIRAN ADALAH DIANGGAP BERSETUJU DENGAN JAWATAN KUASA BARU YANG AKAN DI PILIH DAN DILANTIK DALAM MESYUARAT INI. SEBARANG CADANGAN LAIN AKAN DIUSULKAN DALAM MESYUARAT INI.
NOTA: MOHON SERAHKAN MAKLUMAN DAN JAWATANKUASA BARU BAGI SETIAP CAWANGAN DIATAS KEPADA SETIUASAHA SECEPAT MUNGKIN. INI ADALAH BERTUJUAN BAGI MENGEMASKINIKAN DATA KELAB BAGI TAHUN 2010/2010.
TERIMA KASIH...

Tuesday, October 6, 2009

MINI PERPUSTAKAAN : PROJEK NAIK TARAF PEMBANGUNAN PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK

TARIKH : 17 SEPTEMBER 2009
KEPADA : SEMUA AJK/BIRO KELAB/ SESIAPA YANG BERKENAAN/MAKLUMAN
MINI PERPUSTAKAAN : PROJEK NAI
K TARAF PEMBANGUNAN PUSAT GIAT ILMU KG BELAU MERBOK

DImaklumkan bahawa KELAB PUNCAK CAWANGAN KG BELAU akan di naik taraf dengan pembinaan bangunan baru untuk mini perpustakaan. Bangunan yang berukuran 20 X 10 kaki di atas tapak sedia ada.

Pembinaan ini amat di perlukan atas faktor semasa. Selain itu, bangunan sedia ada iaitu jelapang padi yang telah di ubah suai adalah tidak lagi bersesuaian dengan masa kini atas keselesaan dan pertambahan pelajar tuisyen.
Sekian untuk makluman.
“MENGISBAT ILAHI MENDAULAT MARTABAT BANGSA”

Monday, September 28, 2009

LAPORAN AKHBAR : APABILA KISAH TERSIRAT MULA TERSURAT






















PONDOK ILMU ASAS - DISINI IANYA BERMULA





Pondok Ilmu merupakan bangunan asas kepada sistem pentadbiran Pusat Giat Ilmu. Ia memberikan khidmat pendidikan kepada Kg. Bujang dan ia juga merupakan tempat untuk bermesyuarat dan bermuzakarah kepada pelajar-pelajar serta tetamu yang datang.

Pondok asas inilah yang menjadi cerita mula sehingga tertubuhnya sebuah kelan bertaraf NGO ini. banyak kisah yang tersurat dan yang tersirat untuk menjangkau usia masa sehingga 13 tahun ini ( 2009). semua kisah bermula pulangnya seorang warga kampung ke kampung halamannya mencurah bakti kepada masyarat setelah bersara daripada penjawat awam. disitu ianya bermula,

SEJARAH PUSAT GIAT ILMU












Pusat Giat Ilmu bermula sejak 1994 dengan jumlah pelajar kurang dari 10 orang & secara rasminya pada tahun 1996, dengan jumlah pelajar seramai 17 orang pelajar.

Pusat ini diasaskan oleh Tuan Haji Romli bin Bakar, pesara Timbalan Pendaftar Universiti Sains Malaysia dengan sokongan isterinya, Hajjah Hasnah bt Saad.
Sehingga kini iaitu paha tahun 2009, telah 13 tahun dasar itu di teruskan. di mana pada Ogos 2004, bersama bekas pelajar terdahulu telah menubuhkan sebuah kelab bagi merialisasikan impian bagi bersama-sama menyokong perjuangan untuk anak - anak orang miskin. kelab tersebut di namakan PERTUBUHAN KELAB PENDIDIKAN & KEBAJIKAN PUNCAK.
sehingga kini, lebih 300 pelajar pada sesi setiap tahun mendapat bimbingan di sini melalui tiga cawangan di bawah kelolaan kelab puncak.

KEPUTUSAN MESYUARAT AGONG TAHUN 2009

Mesyuarat jawatankuasa kerja membincangkan perkara berkaitan dan bersabit dengan Kelab .
Mesyuarat juga berkisar berkaitan program yang telah dilaksanakan serta akan dilaksanakan.
Perbincangan “post mortem” program yang lalu juga diadakan.
Memutuskan akan mengadakan perjumpaan setiap 2 minggu bagi ahli jawatankuasa induk dalam melaksanakan program.
Memutuskan bahawa setiap 3 cawangan Kelab Puncak perlu menghantar wakil apabila ada perjumpaan rasmi atau tidak rasmi.
Memutuskan bahawa 3 cawangan di bawah adalah di bawah kelolaan Pertubuhan Kelab Puncak selagi wujudnya pertubuhan ini dan premis Pusat Tuisyen Tersebut:
- Pusat Giat Ilmu Kampung Bujang
- Pusat Giat Ilmu Kampung Sungai Batu Besi
- Pusat Giat Ilmu Kampung Belau Merbok
Mempersetujui akan bekerjasama dengan mana-mana institusi atau mana-mana NGO yang di fikirkan sesuai dalam melaksanakan program yang boleh memberi manfaat bersama.
Bersetuju menjadikan tapak berdekatan dengan Pusat Giat Ilmu Sungai Batu Besi sebagai tapak untuk melaksanakan program motivasi, summer camp, perkhemahan dan sebagainya yang boleh memberi manfaat kepada Kelab serta pelajar tuisyen di bawah kelolaannya