Monday, September 28, 2009

LAPORAN AKHBAR : APABILA KISAH TERSIRAT MULA TERSURAT






















PONDOK ILMU ASAS - DISINI IANYA BERMULA





Pondok Ilmu merupakan bangunan asas kepada sistem pentadbiran Pusat Giat Ilmu. Ia memberikan khidmat pendidikan kepada Kg. Bujang dan ia juga merupakan tempat untuk bermesyuarat dan bermuzakarah kepada pelajar-pelajar serta tetamu yang datang.

Pondok asas inilah yang menjadi cerita mula sehingga tertubuhnya sebuah kelan bertaraf NGO ini. banyak kisah yang tersurat dan yang tersirat untuk menjangkau usia masa sehingga 13 tahun ini ( 2009). semua kisah bermula pulangnya seorang warga kampung ke kampung halamannya mencurah bakti kepada masyarat setelah bersara daripada penjawat awam. disitu ianya bermula,

SEJARAH PUSAT GIAT ILMU












Pusat Giat Ilmu bermula sejak 1994 dengan jumlah pelajar kurang dari 10 orang & secara rasminya pada tahun 1996, dengan jumlah pelajar seramai 17 orang pelajar.

Pusat ini diasaskan oleh Tuan Haji Romli bin Bakar, pesara Timbalan Pendaftar Universiti Sains Malaysia dengan sokongan isterinya, Hajjah Hasnah bt Saad.
Sehingga kini iaitu paha tahun 2009, telah 13 tahun dasar itu di teruskan. di mana pada Ogos 2004, bersama bekas pelajar terdahulu telah menubuhkan sebuah kelab bagi merialisasikan impian bagi bersama-sama menyokong perjuangan untuk anak - anak orang miskin. kelab tersebut di namakan PERTUBUHAN KELAB PENDIDIKAN & KEBAJIKAN PUNCAK.
sehingga kini, lebih 300 pelajar pada sesi setiap tahun mendapat bimbingan di sini melalui tiga cawangan di bawah kelolaan kelab puncak.

KEPUTUSAN MESYUARAT AGONG TAHUN 2009

Mesyuarat jawatankuasa kerja membincangkan perkara berkaitan dan bersabit dengan Kelab .
Mesyuarat juga berkisar berkaitan program yang telah dilaksanakan serta akan dilaksanakan.
Perbincangan “post mortem” program yang lalu juga diadakan.
Memutuskan akan mengadakan perjumpaan setiap 2 minggu bagi ahli jawatankuasa induk dalam melaksanakan program.
Memutuskan bahawa setiap 3 cawangan Kelab Puncak perlu menghantar wakil apabila ada perjumpaan rasmi atau tidak rasmi.
Memutuskan bahawa 3 cawangan di bawah adalah di bawah kelolaan Pertubuhan Kelab Puncak selagi wujudnya pertubuhan ini dan premis Pusat Tuisyen Tersebut:
- Pusat Giat Ilmu Kampung Bujang
- Pusat Giat Ilmu Kampung Sungai Batu Besi
- Pusat Giat Ilmu Kampung Belau Merbok
Mempersetujui akan bekerjasama dengan mana-mana institusi atau mana-mana NGO yang di fikirkan sesuai dalam melaksanakan program yang boleh memberi manfaat bersama.
Bersetuju menjadikan tapak berdekatan dengan Pusat Giat Ilmu Sungai Batu Besi sebagai tapak untuk melaksanakan program motivasi, summer camp, perkhemahan dan sebagainya yang boleh memberi manfaat kepada Kelab serta pelajar tuisyen di bawah kelolaannya